10 Tempat Percutian UNIK Di Malaysia PATUT Pergi Paling Tidak Sekali Seumur Hidup

Masih tercari-cari tempat percutian menarik yang unik di Malaysia? Memang banyak sebenarnya

Jika anda baru berkahwin, disyorkan 10 lokasi bulan madu paling popular di Malaysia. Namun jika anda sudah lama kahwin, apa kata cuba hidupkan kembali suasana pengantin baru dengan berkunjung ke tempat percutian yang tersenaraikan di bawah ini :). Ia juga bilah dijadikan percutian famili anda.

1. Tanah Aina Farouq, Pahang
Resort terletak di Pahang iaitu Tanah Aina Farouq yang berkeluasan 19 hektar di Mukim Tras, Raub; Tanah Aina Fareena (tiga hektar) di Lentang, Bentong dan Tanah Aina Fahad (dua hektar) di Ulu Dong, Raub. No 2 dan No 3 adalah resort di bawah Aina Farrah Soraya




2. The Dusun, Negeri Sembilan

Jika ke Negeri Sembilan, golongan makcik-makcik lebih suka singgah ke Nilai, nak borong baju katanya. Tetapi untuk percutian menarik bersama famili, kami syorkan anda cuba ke The Dusun yang terletak di Mantin. Suasananya lebih kepada menikmata keindahan alam.

Info lanjut : http://thedusun.com.my/



3. Eight Acres, Raub Pahang

Jika anda pencinta alam, sudah pasti Eight Acres antara tempat percutian menarik yang akan anda kunjungi. Di resort ini terdapat dusun buah-buahan, spa ikan dan bermacam lagi. Datanglah ketika musim durian, pasti puas hati!

Info lanjut :  eightacres.net




4. Sekeping Serendah, Selangor

Siapa cakap tidak ada hotel mewah di dalam hutan rimba? Anda boleh cuba Sekeping Serendah yang terletak di Selangor. Tapi maaflah, TV, WiFi dan talian telefon tidak ada di sini.






5. The Shorea, Negeri Sembilan

Jika anda ke Seremban, singgahlah ke The Shorea. Di sini anda boleh jungle trekking dan mandi air terjun di Hutan Simpan Berembun.

Info lanjut :  theshorea.com





6. Desa Balqis, Kuala Linggi Melaka

Masih di Melaka, kita terus ke Kuala Linggi yang menjadi tempat di mana Desa Balqis beroperasi. Lokasi resort ini terletak betul-betul di tepi Selat Melaka. Jika anda inginkan suasana tinggal di kampung, tetapi dalam rumah kampung yang eksklusif, Desa Balqis adalah jawapan paling tepat.

Info lanjut : desabalqis.com




7. Belum Eco Resort Grik, Perak

Sebuah pulau terletak di tengah-tengah Tasik Belum, Perak. Kawasan persekitarannya ialah hutan hujan tropika yang berusia 300 tahun!





8. Time Capsule Retreat Sungai Lembing, Pahang

Suasana hutan yang sunyi dan dingin sesuai bagi anda yang ingin lari dari kesibukan kota dan inilah tempat yang sesuai. Hotel ini terut dibina menggunakan paip perbentungan seperti di Tubotel Langkawi.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik ada di sini termasuklah  kenderaan ATV, air terjun, Jungle Trekking, Muzium Perlombongan, aktiviti merentasi sungai yang jernih yang boleh dirancang mengikut masa anda sendiri. Terdapat juga aktiviti BBQ di sini yang mengenakan caj sebanyak RM26 seorang.




9. Villa Samadhi, Kuala Lumpur

Anda mahukan suasana seperti di Bali? Di Villa Samadhi ini tempat yang cukup mendamaikan dan sesuai untuk merehatkan diri. Kepada anda yang tinggal di Kuala Lumpur, anda tidak perlu pergi ke tempat percutian yang berjauhan dari kediaman anda.

Info lanjut : villasamadhi.com.my




10. Dream World Resort  Kundasang, Sabah

Dream World Resort merupakan salah satu tempat paling strategik untuk anda menikmati pemandangan indah sekitar Taman Negara Kinabalu. Walaupun sekadar hotel bertaraf 3 bintang, namun tawaran resort ini untuk setiap pengunjungnya sangat berbaloi.




jadi xperlu lah sampai nk kene berhabis beribu-ribu untuk ke luar negara. Dalam Malaysia pun bnyk lagi tempat cantik-cantik <3




sumber artikel : http://anakbonda.blogspot.my 

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment