PEMANDANGAN JALAN YANG CANTIK TAPI BERBAHAYA


Di sepanjang pantai barat rantau fjord Norway terletak jalan Atlantic Ocean Road yang mengagumkan. Jalan sepanjang 8 kilometer terbentang merentasi tujuh jambatan berliku yang menghubungkan bandar-bandar Kristiansund dan Molde, dan telah dinobatkan sebagai mercu tanda kehebatan seni bina Norway. Salah satu daya tarikan pelancongan untuk dilawati, masa yang paling popular untuk melawat tempat ini adalah pada musim luruh, apabila angin kuatt melanda di sepanjang pantai, membadai ombak laut dan mewujudkan pemandangan yang dramatik, namun berbahaya.
ombakmaxresdefault

Jalan yang beralun berliku, kenampakan hidupan liar dan pemandangan yang menakjubkan adalah antara ciri yang menjadikan nya salah satu pengalaman pemanduan yang sukar dilupakan, malah telah dinobatkan oleh badan penyiaran UK iaitu BBC sebagai laluan jalan terbaik di dunia pada pandangan mereka. Atlantic Ocean Road menghubungkan bandar-bandar Molde dan Kristiansund yang terletak di fjord barat Norway. Jalan-jalan yang bermula kira-kira 48 km di barat daya Kristiansund dan berakhir 76 km ke utara Molde, Mediafax.
Jalan ini membelok melalui beberapa jambatan rendah yang seolah-olah timbul dari laut dan menyatukan rangkaian pulau antara Molde (yang terkenal dengan penganjuran perayaan muzik jazz setiap tahun pada bulan Julai) dan Kristiansund di fjord barat. Tetapi ia kemudian nya melalui tebing pantai barat berbahaya Norway yang dinamakan Hustadvika, di mana angin ribut yang amat kuan di kawasan itu telah menyebabkan banyak kapal tersadai di sana dari masa ke masa. Namun begitu apabila lautan ini lebih jinak, pemandangan permukaan air terbuka luas, dan mendorong oleh pelbagai jenis burung, anjing laut dan juga ikan paus untuk hadir di kawasan pantai ini.

Norway juga digelar “Tanah Matahari Tengah Malam” kerana kududukan nya yang begitu hampir dengan kutub utara dan dengan sudut bumi yang menyendeng menyebabkan matahai tidak sebenar benar nya ‘tenggelam’ sepenuh nya. Namun ini tidak bermakna tiada ‘malam’ di sana, kerana kawasan ia masih juga gelam seumpama amat lewat senja, dan ketika tiba masa nya, bulan tetap kenampakan. Dan oleh kerana kedudukan nya yang hampir dengan Kutub Utara, bulan tampak besar terutama sekali sewaktu fenonmena Supermoon. Ini juga menjadikan nya lokasi kegemaran peminat fotografi, dengan sudut sudut menarik yang akan mencabar kemahiran penyusunan komposisi dan fotografi telefoto mereka bagi mendapatkan hasil yang mengkagumkan.

CAUDtkOUkAEi_T6

793256353848550c571f8c883

137167455262550c57554ae7e
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment