Sekarang ini ramai orang yang sedang berusaha untuk kurus atau turunkan berat badan dan sudah semestinya anda ingin dapatkan hasil yang segera iaitu dengan melakukan pelbagai cara samada membeli produk suplemen untuk kuruskan badan di pasaran atau mengamalkan pelbagai petua dan program-program latihan seperti senaman, tahan lapar dan sebagainya.
Apa yang mereka harapkan adalah dengan melakukan semua aktiviti itu dapat turunkan berat badan dalam satu tempoh masa yang singkat. Kadang-kadang ia juga menyebabkan tekanan kepada individu tersebut. oleh itu, disini saya ada beberapa cara diet secara sihat. Ini adalah bertujuan untuk membantu dan membimbing anda diluar sana tentang cara yang betul untuk turunkan berat badan dengan cepat. Disamping itu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu fahami mengenai penurunan berat badan dengan cepat dan selamat. Antara amalan yang boleh dilakukan untuk kurangkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat adalah seperti berikut.
1. Kurangkan berat badan dengan diet yang seimbang.
Apa yang anda boleh lakukan ialah rancang jadual pemakanan dan jangan melakukan diet tanpa jadual yang betul yang boleh memudaratkan kesihatan anda. Jika anda ingin menurunkan berat badan, adalah dinasihatkan supaya mencuba diet sihat yang dapat membantu mencapai matlamat anda tanpa membahayakan kesihatan.
Tips mudah yang perlu diingat semasa berdiet.
- Jangan melangkau waktu makan
- Banyakkan meminum air kosong
- Makan sedikit tetapi kerap , ini dapat meningkatkan metabolisme.
- Buang semua makanan yang tidak berkhasiat dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.
- Perbanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran , daging tanpa lemak, ikan, bijiran dan produk tenusu tanpa lemak.
- Catatkan setiap makanan yang anda makan dan bila, dan juga bagaimana anda rasa setiap kali selepas makan.
2. Perlu Aktif Bergerak.
Untuk langkah awal bagi yang ingin turunkan berat badan, anda tidak perlu melakukan sukan yang berat seperti olah raga sebagai aktiviti harian anda untuk buatkan anda rasa segar dan cergas. Tetapi anda boleh melakukan aktiviti yang anda suka supaya aktiviti itu dapat dilakukan berulang kali dan anda tidak mudah bosan. Antara aktiviti yang disarankan adalah bermain futsal bersama rakan-rakan ataupun anda boleh berbasikal bersama keluarga sambil santai bersama orang tersanyang. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat kurangkan berat badan malah ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama keluarga dan rakan. Aktiviti ini anda boleh lakukan 3 kali dalam seminggu.
3. Makan Makanan Yang Boleh Mengenyangkan Anda
Memakan makanan yang seimbang bukan sahaja memberikan anda nutrisi rendah kalori, malah ia juga boleh memberikan anda rasa kenyang dengan cepat. Hal ini sangat baik kerana boleh menghadkan pengambilan makanan agar tidak berlebihan. Oleh itu, anda digalakkan untuk memuatkan makanan-makanan berikut ke dalam menu harian anda:
- Bijian oat
- Epal
- Telur
- Halia
- Kekacang
- Sayuran hijau
- Ubi
- Coklat hitam (dark chocolate)
4. Kira jumlah kalori
Apabila anda mengetahui kadar minimum kalori yang diperlukan oleh badan setiap hari ia dapat membantu anda untuk merancang pemakanan yang lebih berkesan. Sepertimana yang kita tahu jumlah kalori individu adalah berbeza dan ia akan berubah mengikut peningkatan umur. Selain itu anda juga boleh merujuk kepada pakar pemakanan atau dapatkan nasihat daripada doktor pakar dalam target penurunan berat badan supaya anda dapat turunkan berat badan dengan cara yang sihat dan tidak membebankan anda. Anda juga perlu memilih kadar nutrisi sayur-sayuran, buah-buahan, lemak dan protein yang seimbang supaya
5. Hindari kalori dalam minuman.
Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk dilakukan untuk turunkan berat badan. Anda perlu menggantikan minuman manis seperti tea ais, milo, nescafe dan minuman ringan yang lain demgan minuman bebas gula. Dengan cara ini anda dapat kurangkan berat badan anda sebanyak 10 kg dalam tempoh 2 bulan.
0 comments:
Post a Comment